Skip Ribbon Commands
Skip to main content

CO_Announcements

Manage PermissionsManage Permissions

SIARAN AKHBAR - Jadual Perkhidmatan Kapal Pandu dan Tunda Secara 24 Jam

​-


Jadual Perkhidmatan Kapal Pandu dan Tunda Secara 24 Jam

Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan sukacita memaklumkan, khususnya kepada agen-agen

perkapalan, agen-agen penghantaran dan pihak-pihak yang berkenaan, bahawa satu jadual

waktu bertugas bagi perkhidmatan Kapal Pandu dan Tunda di Pelabuhan Muara, telah

diperkenalkan untuk memenuhi keperluan perkapalan di Pelabuhan Muara, secara sepenuh

masa.

Perubahan ini dihasratkan untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kapal pandu dan tunda

khususnya untuk memperbaiki masa pusingan kapal (turnaround time) dan keberkesanan

pemberian perkhidmatan kapal pandu dan tunda. Pembaharuan ini juga disasarkan untuk

meningkatkan reliability perkhidmatan kapal pandu dan tunda sebagai perkhidmatan yang wajib

diberikan dalam sistem perkapalan antarabangsa. Perubahan ini juga bertujuan untuk

menggalakkan pemberian perkhidmatan secara sepenuh masa, iaitu 24 jam 7 hari seminggu

(24/7), dan menarik kapal-kapal untuk singgah ke Pelabuhan Muara pada bila-bila waktu yang

bersesuaian, selaras dengan usaha kearah memudahcara Ease of Doing Business .

Jadual baru ini mula berkuatkuasa pada hari Isnin, 1hb Rabiulawal 1439 bersamaan dengan

20hb November 2017.

Mengenai dengan asset-aset kapal pandu dan tunda, Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan

telah membuat penyelarasan dan urusan dengan pembekal-pembekal perkhidmatan tempatan

untuk memastikan aset-aset tersebut sentiasa boleh didapati oleh agen-agen perkapalan atau

Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan.

Agen-agen perkapalan adalah dinasihatkan untuk menghadapkan permohonan kepada

Pengawas, Pejabat Jurupandu di Unit Operasi Kapal, Pelabuhan Muara dan menghubungi

Pengawas berkenaan di talian 8844431atau 8769435 (24 jam).

Pelabuhan Muara pada masa ini mempunyai dermaga sepanjang 861 meter untuk memuatkan

kapal-kapal kontena dan konvensional.

Maklumat mengenai dengan perkhidmatan ini dapat diperolehi daripada Pihak Berkuasa

Maritim dan Pelabuhan atau melalui laman sesawang www.mpa.gov.bn. Sebarang pertanyaan

boleh di email ke alamat info@mpa.gov.bn .
Attachments