Lawatan Yang Berhormat Menteri Perhubungan ke PBMP Negara Brunei Darussalam
SIARAN AKHBAR
Lawatan Yang Berhormat Menteri Perhubungan ke PBMP Negara Brunei Darussalam
12 Safar 1439H bersamaan 01 November 2017 – Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat, Menteri Perhubungan pada petang ini mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Negara Brunei Darussalam (PBMP) bertempat di Jalan Pelabuhan Muara.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau perkembangan PBMP sejak ianya ditubuhkan pada 28 September 2017 sebagai Pihak Berkuasa (Autoriti) untuk mengawalselia dan memperkembangluaskan lagi sektor maritim dan pelabuhan.
Semasa lawatan tersebut, Yang Berhormat Menteri Perhubungan menekankan tanggungjawab penting Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan sebagai facilitator, untuk memudah-cara dan tidak menjadi barrier to trade, serta memastikan sektor maritim dan pelabuhan terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negara.
Dengan yang demikian, peranan PBMP adalah termasuk memastikan pemberian perkhidmatan pelabuhan yang reliable dengan objektif untuk menyumbang ke arah persekitaran yang conducive bagi pertumbuhan aktiviti perdagangan.
Yang Berhormat Menteri Perhubungan juga mengambil maklum dengan perkembangan pengkorporatan beberapa perkhidmatan yang diberikan di Pelabuhan Muara yang diharap akan membuka lagi peluang peluang pelaburan dari luar dan dalam negara, termasuk juga memberi peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat dan penduduk di Negara ini. Antara perkhidmatan yang dimaksudkan adalah perkhidmatan pemanduan (pilotage) dan tunda (tugboat).
Lawatan tersebut juga disertai oleh Yang Mulia Haji Azhar bin Haji Ahmad, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan selaku Pengerusi PBMP. Turut hadir, Yang Mulia Dr Haji Supry bin Haji Ag. Ladi, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan; Yang Mulia Hajah Airah bin Haji Abdullah, Ketua Eksekutif Interim PBMP, dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Perhubungan serta PBMP.
Get In Touch
Location
Chief Executive
Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam (Headquarters) Jalan Pelabuhan, Muara, BT1728
Negara Brunei Darussalam
Follow Us On



Contact Us
Telephone (Administrations/Operation):
(673) 2770222 – 5 / 2770240
Telefax (Administration):
(673) 2770283
Telefax (Operation):
(673) 2770625
Mobile Telephone:
(673) 2836968
Hotline
Muara Coastal Signal Station:
(673) 2770270 / 2771998